• 9.5
  • 01.19
  • Director: Azliza Binti Jaini

“Langit Berdarah” mengisahkan detik-detik menjelang perang di Tanah Melayu pada tahun 1941, sebelum penjajahan Jepun bermula. Cerita ini membawa penonton menyelami suasana misteri dan tegang sebuah kampung yang tiba-tiba menjadi sunyi dan tidak tenteram, seolah-olah alam sendiri tahu sesuatu yang buruk bakal terjadi. Melalui naratif yang perlahan dan sinematik, penonton diperkenalkan kepada seorang lelaki iaitu seorang jeneral Jepun yang berwajah tenang tapi menyimpan rahsia gelap. Dari senyum nipisnya hingga bayangan merah di langit, setiap babak memberi petanda kepada permulaan sebuah tragedi yang akan “membelah Tanah Melayu”. Gaya dan Teknik Penceritaan: Video ini menggunakan gaya dark cinematic anime, diinspirasikan oleh visual berat dan dramatik seperti Attack on Titan dan Oppenheimer. Setiap adegan dibina dengan elemen visual yang menggambarkan rasa sunyi, ancaman dan ketegangan psikologi sebelum perang meletus.

Mesej